Kelas Usahawan dan Advokasi

29 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Februari 2020, Jumaat, Pusat Internet (PI) Kg. Bandong dengan kerjasama PI Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Usahawan dan Advokasi bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

Sepanjang sesi kelas dijalankan, perkongsian topik pengantunan atas talian didedahkan. Para pelajar dibimbing untuk sentiasa berwaspada di atas talian agar tidak menjadi mangsa jenayah tersebut.

Manakala bagi sesi kedua iaitu perkongsian topik usahawan, para peserta diberi pendedahan tentang beza usahawan dan peniaga serta ciri-ciri usahawan berjaya. Diharap dengan adanya sesi ini dapat memupuk minat pelajar dalam bidang usahawan apabila dewasa kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali